SEREMBAN 29 Dis. – Tiga kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam. Pengesanan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan. Memetik laporan Bernama, veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas. Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban.…
Read MoreMonth: December 2021
Long Tiger dipercayai mahu rentas negara
JOHOR BAHRU 29 Dis. – Pendatang Rohingya, ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33 dipercayai dalam perjalanan melarikan diri ke negara jiran sebelum ditahan polis dalam serbuan di Jalan Kuala Ketil, Kedah, semalam. Suspek yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini, sama ada ke Thailand dan Indonesia. Dia kini dalam tahanan reman selama empat hari selepas perintah terbabit dikeluarkan oleh Majistret Tangkak, Analia Kamaruddin, pagi tadi bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.…
Read MoreRisiko varian Omicron ‘sangat tinggi’
GENEVA: Risiko yang ditimbulkan varian Omicron masih “sangat tinggi”, selepas jumlah kes Covid-19 meningkat sebanyak 11 peratus di seluruh dunia minggu lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Omicron merupakan punca lonjakan pesat virus itu di beberapa negara, termasuk negara yang telah mengatasi varian Delta yang dominan sebelumnya. Bukti yang konsisten menunjukkan Omicron tumbuh lebih pesat berbanding Delta iaitu naik seganda dalam dua, tiga hari dan peningkatan pesat itu dilihat di beberapa negara, termasuk Britain dan Amerika Syarikat, di mana ia menjadi varian dominan. Menurut WHO,…
Read MoreUjian pantas hasil negatif palsu?
WASHINGTON: Ujian pantas Covid-19 yang dilakukan di rumah berkemungkinan akan memberikan hasil negatif palsu bagi varian Omicron, yang sangat cepat berubah bentuk, berbanding strain sebelumnya. Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) semalam, ia sedang bekerjasama dengan Institut Kesihatan Nasional (NIH) untuk mengkaji prestasi kit ujian di rumah, juga dikenali sebagai ujian “antigen”, terhadap sampel pesakit yang mengandungi versi hidup varian Omicron. “Data awal mencadangkan bahawa ujian antigen mampu mengesan varian Omicron tetapi mungkin mempunyai sensitiviti yang berkurangan,” kata FDA dalam satu kenyataan. Sensitiviti mengukur sejauh mana kemungkinan ujian…
Read More2021 – Hebat Di Gelanggang
Imbasan Harian Metro
Read More134 kes varian Omicron di Singapura
SINGAPURA 29 Dis. – Sebanyak 134 kes varian Omicron disahkan di Singapura semalam iaitu 40 daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat manakala 94 lagi adalah kes import. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 365 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari semalam berbanding 280 pada Isnin dan 209 (Ahad) dengan jumlah kematian kekal 825 orang. Sebanyak 191 kes baharu dalam masyarakat, satu kes baharu di asrama pekerja asing dan 173 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 278,409. Sementara itu, seramai 303 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding…
Read MoreKadar kebolehjangkitan kekal 0.93
PUTRAJAYA 29 Dis. – Hari kedua berturut-turut, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada 0.93 semalam, sama seperti dilaporkan pada hari sebelumnya. Empat negeri menyamai atau merekodkan kadar lebih tinggi, didahului Terengganu dengan 1.00, diikuti Johor 0.95, Perak 0.94 dan Kedah 0.93. Dua belas negeri merekodkan kadar di bawah 0.93 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.92, Pulau Pinang 0.92, Kelantan 0.91, Selangor 0.91, dan Negeri Sembilan 0.90. Ini diikuti Melaka 0.89, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.89, Perlis 0.87, Pahang 0.87, Sabah 0.85, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73 dan…
Read MoreBerita pilihan..
5,727,151 terima dos penggalak
PUTRAJAYA 29 Dis. – Jumlah individu mendapatkan dos penggalak terus menunjukkan peningkatan apabila 145,179 lagi menerima dos itu berbanding 120,092 pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah penerima dos penggalak setakat semalam meningkat kepada 5,727,151 orang atau 17.5 peratus daripada populasi keseluruhan. Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,596,683 populasi keseluruhan atau 78.4 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 79.6 peratus atau 25,985,559 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa, seramai 22,846,708 individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.9 peratus atau 23,142,519 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja…
Read More23 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 29 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 23 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,392 orang, daripada 2.73 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 23 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 42,357 kes aktif Covid-19 di…
Read More