889 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Dis. – Filipina merekodkan 889 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 421 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan negara itu setakat ini sebanyak 2,839,790.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 28 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,241 orang meninggal dunia.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 2,778,131 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 214 kes yang dilaporkan sembuh hari ini.

Kes aktif pula menunjukkan peningkatan iaitu 10,418 berbanding 9,750 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment