Lonjakan kes di Amerika Syarikat

KES baharu Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) terus melonjak ke paras tertinggi dengan 265,000 sehari secara purata, di mana sebahagian besarnya disumbangkan oleh varian Omicron yang sangat mudah menular.

Menurut data Johns Hopkins University, kes harian baharu di AS meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, mengatasi paras lama 250,000, yang ditetapkan pada pertengahan Januari.

Berikutan versi mutasi virus yang merebak dengan pantas, ia menimbulkan kemelut pada sambutan Krismas dan menjelang Tahun Baharu 2022 yang memaksa masyarakat mengecilkan skala atau membatalkan perayaan mereka.

Beribu-ribu penerbangan dibatalkan di tengah-tengah kekurangan kakitangan akibat virus itu.

Ancaman Omicron dan keinginan untuk menghabiskan cuti turut mendorong ramai rakyat Amerika menjalani ujian saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment