Hampir 6 juta ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 30 Dis. –  Sebanyak 177,057 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu setakat ini 5,908,852 individu atau 18.1 peratus daripada populasi negara

Menurut data portal COVIDNOW, bagi tempoh yang sama, sebanyak 25,603,645 atau 78.4 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 25,990,727 atau 79.6 peratus  telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam tempoh yang sama, 22,851,542 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.9 peratus atau 23,146,049 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,752,103 individu atau 87.4 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.3 peratus atau 2,844,678 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 185,321 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) adalah 57,305,127 dos.

Related posts

Leave a Comment