34 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 31:Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 34 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,462 orang, daripada 2.74 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 11 daripada 34 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu dan melalui proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut. Sementara itu, terdapat 45,983 kes aktif Covid-19 di seluruh…

Read More

Lebih 6 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 31 Dis. – Lebih enam juta individu mendapatkan dos penggalak setakat ini selepas 197,121 lagi menerima suntikan itu semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,109,673 orang. Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 78.4 peratus atau 25,609,301 daripada populasi keseluruhan telah lengkap divaksinasi manakala 79.6 peratus atau 25,995,014 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa, seramai 22,855,374 individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan dan 98.9 peratus atau 23,148,776 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Manakala bagi populasi remaja, seramai 2,753,927 individu atau 87.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.4 peratus atau…

Read More

226 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 30 Dis. – Kes harian Covid-19 di Sabah melepasi angka 200 apabila merekodkan 226 kes, meningkat 34 kes berbanding semalam. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatat kes baharu dua angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi 46 kes, diikuti Tuaran 37 kes. Lapan daerah lain mencatatkan kes antara 10 hingga 18 kes manakala 14 daerah mencatatkan kes satu angka dan tiga daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu. Tuaran dan Tawau merekodkan peningkatan kes baharu yang agak tinggi masing-masing dengan 37 dan 15…

Read More

Lima kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 30 Dis. – Lima lagi kes baharu jangkitan Covid-19 – tiga tempatan dan dua import – dilaporkan di negara ini yang membawa jumlah keseluruhan setakat ini 15,470 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,681 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bercakap pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tidak ada kes dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi. Katanya satu kes masih dalam Kategori…

Read More

Kes terus meningkat di Arab Saudi

RIYADH 30 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan pertambahan kes baharu Covid-19 apabila merekodkan 752 kes berbanding 744 semalam manakala jumlah kematian pula kekal seorang. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 555,417 orang dan 8,875 orang meninggal dunia. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 226 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 541,614. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 49 orang dalam keadaan kritikal.

Read More

Singapura catat 311 kes baharu

SINGAPURA 30 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 311 kes baharu Covid-19 dan seorang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura setakat ini 279,061 dengan 827 kematian. Menurut MoH, sebanyak 103 kes varian Omicron disahkan di sini hari ini – 33 daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat manakala 70 adalah kes import. Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 193 adalah kes baharu dalam masyarakat, empat kes di asrama pekerja asing dan 114 kes import. Sementara itu, seramai 279 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding 305 semalam. Sebanyak…

Read More

Hanya lengkap vaksinasi solat di masjid

SINGAPURA 30 Dis. – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan mulai  1 Januari 2022, hanya individu lengkap divaksin boleh menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid yang menyediakan solat jemaah untuk lebih 50 jemaah. Langkah itu selaras dengan pelaksanaan Langkah-Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) oleh Kementerian Kesihatan (MoH) bagi tempat-tempat awam tertentu termasuk semua rumah ibadat. Bagaimanapun individu yang tidak divaksin atas sebab perubatan, mereka yang sudah pulih daripada Covid-19 dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan dikecualikan daripada langkah VDS tersebut. MUIS dalam satu kenyataan berkata, bagi bulan Januari…

Read More

Penjarakan fizikal di Masjidilharam

MULAI solat Zuhur hari ini, Masjidilharam, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah menguakuasakan semula penjarakan fizikal dan pemakain pelitup muka dan hidung. Sebelum itu, di Masjidilharam, imam Sheikh Yasir Dossry sebelum solat Zuhur menyampaikan ucapan ringkas berhubung pematuhan arahan itu. Beliau meminta jemaah untuk mematuhi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka seperti arahan pihak berkuasa demi keselamatan semua.

Read More