PUTRAJAYA 30 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara naik kepada 0.95 semalam berbanding 0.93 pada hari sebelumnya.
Tiga negeri merekodkan kadar lebih tinggi, didahului Kelantan 1.01, Terengganu 1.00 dan Johor 0.97.
Tiga belas negeri merekodkan kadar di bawah 0.95 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Kedah 0.94, Perak 0.93, Selangor 0.92, Melaka 0.92, Pulau Pinang 0.91 dan Pahang 0.90
Ini diikuti Perlis 0.89, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.89, Negeri Sembilan 0.88, Sabah 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73, Sarawak 0.71