1,623 kes baharu Filipina

MANILA 30 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 1,623 kes baharu berbanding 889 yang dilaporkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini DoH juga merekodkan 133 orang lagi meninggal dunia akibat pandemik Covid-19.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,841,260 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 51,373 orang atau 1.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini, sebanyak 97.8 peratus  atau 2,778,115 orang dilaporkan sembuh termasuk 256 pesakit yang pulih hari ini.

Sementara itu, kes aktif pula meningkat kepada 11,772 berbanding 10,418 kes yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment