Kes harian meningkat di Arab Saudi

RIYADH 21 Dis. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan selepas merekodkan 222 kes semalam berbanding 146 pada hari sebelumnya. Setelah bertahan dengan sekitar 50 kes untuk beberapa ketika, angka jangkitan mula naik sejak 13 disember dengan 64 kes diikuti 88 kes pada 15 Disember dan 116 pada 18 Disember. Menurut Kementerian Kesihatan, satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,865 orang meninggal dunia. Jumlah keseluruhan kes pula meningkat kepada 551,210 orang Sebanyak 106 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 540,284 kes manakala…

Read More

3,140 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Dis. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 3,140 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,724,684 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, sebanyak 3,076 kes atau 98 peratus terdiri pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Baki selebihnya dua peratus atau 64 kes adalah pesakit kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Sejumlah 3,082 kes yang dikesan hari ini membabitkan penularan tempatan…

Read More

Taklimat maya banjir seluruh negara

PERDANA Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghadiri taklimat secara maya pagi ini bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi banjir daripada Menteri-Menteri Besar,  Ketua-Ketua Menteri serta wakil kementerian yang terlibat. Hasil taklimat dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri tadi, beliau juga menerima laporan terkini situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Selain perkembangan jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), beliau turut menegaskan terhadap langkah-langkah pemulihan pasca banjir yang perlu dilakukan bagi membantu penduduk. Ini termasuk membaik pulih infrastruktur awam seperti penyelenggaraan sistem saliran, pembersihan rumah penduduk…

Read More

86 lagi kes positif mangsa banjir

PUTRAJAYA 21 Dis. – Kementerian Kesihatan mengesan 86 lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala  11 lagi adalah kes Covid-19 sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum banjir. Walau bagaimanapun, tiada kejadian kes positif Covid-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS. Kesemua 86 kes telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain iaitu…

Read More

4 lagi mayat sekitar Taman Sri Muda

SHAH ALAM 21 Dis. – Pasukan penyelamat menemui empat lagi mayat – dua lelaki dan dua wanita – dipercayai mangsa banjir di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata,  bangsa atau warganegara mereka belum dikenal pasti. Pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan. Dalam kenyataannya, beliau memberitahu mangsa di hantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut…

Read More

SEMALAM KITA MEMBANTU HARI INI KITA DIBANTU

BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Maksudnya dalam konteks banjir, hanya mereka yang mengalami sahaja lebih memahami ‘derita’ yang ditanggung. Kita yang di luar hanya mampu berkata – bersabarlah, tabahlah dan pelbagai lagi ungkapan semangat sedangkan yang menanggungnya hanya Allah SWT yang tahu isi hati dan perasaan mereka. Bukan kerja mudah untuk membersihkan rumah yang diterjah air banjir, apa lagi yang membawa bersama lumpur. Banyak barang yang rosak dan terbuang, tidak boleh dibaiki, dibasuh atau dijemur. Itu yang di dalam rumah. Di luar rumah ada kenderaan – kereta,…

Read More

Sambutan 2022 di Dataran Trafalgar batal

LONDON: Sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran di London dibatalkan berikutan kebimbangan meningkat terhadap lonjakan kes Covid-19 varian Omicron. Datuk Bandar London, Sadiq Khan, berkata jangkitan berada pada tahap tinggi di bandar raya itu dan pihaknya perlu melakukan segala yang mungkin untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu. Ini bermakna kita tidak lagi akan menganjurkan acara sambutan untuk lebih 6,000 orang berhimpun di Dataran Trafalgar pada malam Tahun Baharu seperti sebelum ini. “Ini pastinya sangat mengecewakan bagi kebanyakan warga London, tetapi kita mesti mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan penyebaran virus ini,”…

Read More

Fokus tamatkan pandemik Covid-19

GENEVA 21 Dis –  Lebih baik batalkan acara sambutan Tahun Baharu sekarang dan raikannya kemudian daripada meraikan sekarang dan bersedih kemudian. Itu saranan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berikutan peningkatan kes varian Omicron Covid-19 di seluruh dunia. “Semua negara perlu lebih fokus sekarang untuk menamatkan pandemik ini,” katanya pada taklimat media semalam. Beliau menggesa dunia terus bersatu dan membuat keputusan sukar yang diperlukan untuk menamatkan pandemik Covid-19 dalam tahun hadapan. “2022 mestilah tahun kita menamatkan pandemik,” katanya. Ketika perayaan sambutan Tahun Baharu semakin hampir, Tedros…

Read More

Omicron sumbang 73.2 peratus kes

WASHINGTON: Varian Omicron kini menjadi strain Covid-19 utama di Amerika Syarikat (AS), menyumbang 73.2 peratus daripada kes jangkitan baharu sepanjang minggu lalu. Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, ia disokong data agensi itu menunjukkan lonjakan peningkatan kes untuk minggu berakhir Sabtu lalu. Dalam tempoh masa yang sama di negeri Barat Laut Pasifik seperti di Oregon, Washington dan Idaho, dan sebahagian besar Selatan AS serta bahagian Barat Tengah AS, Omicron menyumbang 96.3 peratus kes baharu. Berbanding dalam tempoh minggu sebelumnya, jangkitan Covid-19 varian Omicron hanya menyumbang 12.6 peratus…

Read More

Nasihat tidak lawat 8 negara

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya supaya tidak mengembara ke lapan destinasi termasuk Sepanyol, Finland, Chad dan Lebanon. CDC turut menambah Bonaire, Monaco, San Marino dan Gibraltar dalam senarai pada klasifikasi tahap 4, iaitu sangat tinggi. Selain itu 85 destinasi diletakkan pada tahap nasihat perjalanan tertinggi termasuk hampir kesemua kawasan di Eropah. Sepanyol negara paling diminati pelancong dari Amerika Syarikat merekodkan peningkatan kes iaitu lebih 500 kes untuk setiap 100,000 individu, meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah kes yang dilaporkan pada awal Disember. Menurut…

Read More