Sambutan 2022 di Dataran Trafalgar batal

LONDON: Sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran di London dibatalkan berikutan kebimbangan meningkat terhadap lonjakan kes Covid-19 varian Omicron.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, berkata jangkitan berada pada tahap tinggi di bandar raya itu dan pihaknya perlu melakukan segala yang mungkin untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu.

Ini bermakna kita tidak lagi akan menganjurkan acara sambutan untuk lebih 6,000 orang berhimpun di Dataran Trafalgar pada malam Tahun Baharu seperti sebelum ini.

“Ini pastinya sangat mengecewakan bagi kebanyakan warga London, tetapi kita mesti mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan penyebaran virus ini,” katanya.

Pihak berkuasa bandar raya London juga berkata, akan ada siaran langsung mengenai acara sambutan Tahun Baharu yang menakjubkan yang disiarkan stesen penyiaran BBC.

Sementara itu Paris juga mengumumkan bahawa pertunjukan bunga api tahunannya dan acara lain berkaitan sambutan Tahun Baharu akan dibatalkan.

Jerman juga dijangka akan mengikutinya, termasuk bercadang untuk menutup kelab malam dan mengehadkan jumlah kehadiran parti persendirian.

Related posts

Leave a Comment