Kes harian meningkat di Arab Saudi

RIYADH 21 Dis. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan selepas merekodkan 222 kes semalam berbanding 146 pada hari sebelumnya.

Setelah bertahan dengan sekitar 50 kes untuk beberapa ketika, angka jangkitan mula naik sejak 13 disember dengan 64 kes diikuti 88 kes pada 15 Disember dan 116 pada 18 Disember.

Menurut Kementerian Kesihatan, satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,865 orang meninggal dunia.

Jumlah keseluruhan kes pula meningkat kepada 551,210 orang

Sebanyak 106 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 540,284 kes manakala 28 kes aktif dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment