Tiga lagi kluster baharu

๐Ÿญ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฃ, ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Kluster ini dikenal pasti di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12880) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan bergejala pada 4 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tiga lagi kes positif. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu disaring. Keputusan saringan adalah:

โ€ข 4 kes dikesan positif Covid-19;

โ€ข 36 individu negatif; dan

โ€ข 9 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฎ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐——๐—”, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Klusterย  ini dikenal pasti di Perak iaitu di daerah Perak Tengah dan daerah Hilir Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12374 kes ke13978) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan 6 Oktober 2020. Mereka dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Tujuh saringan kontak rapat mengenalpasti dua lagi kes positif. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu disaring.

Keputusan saringan adalah:

โ€ข 4 kes dikesan positif Covid-19;

โ€ข 31 individu negatif; dan

โ€ข 6 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฏ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง, ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Kluster ini dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapatย  mengesan lapan lagi kes positif. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu disaring. Keputusan saringan adalah:

โ€ข 10 kes dikesan positif Covid-19;

โ€ข 34 individu negatif; dan

โ€ข 44 individu masih menunggu keputusan.sa

Related posts

Leave a Comment