3,140 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Dis. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 3,140 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,724,684 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, sebanyak 3,076 kes atau 98 peratus terdiri pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Baki selebihnya dua peratus atau 64 kes adalah pesakit kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal.

Sejumlah 3,082 kes yang dikesan hari ini membabitkan penularan tempatan dengan 58 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau berkata, secara keseluruhan daripada jumlah kes aktif Covid-19 di negara ini, sebanyak 353 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 275 kes disahkan Covid-19 serta 78 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Bagi kes dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 189 kes iaitu 125 kes disahkan Covid-19 dengan 64 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Related posts

Leave a Comment