4 lagi mayat sekitar Taman Sri Muda

SHAH ALAM 21 Dis. – Pasukan penyelamat menemui empat lagi mayat – dua lelaki dan dua wanita – dipercayai mangsa banjir di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata,  bangsa atau warganegara mereka belum dikenal pasti.

Pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan.

Dalam kenyataannya, beliau memberitahu mangsa di hantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut kematian mengejut (SDR).

Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata seramai 31 orang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam susulan kejadian pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan berkenaan, semalam.

Katanya, individu yang ditahan adalah 10 warganegara Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar.

Related posts

Leave a Comment