86 lagi kes positif mangsa banjir

PUTRAJAYA 21 Dis. – Kementerian Kesihatan mengesan 86 lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala  11 lagi adalah kes Covid-19 sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum banjir.

Walau bagaimanapun, tiada kejadian kes positif Covid-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS.

Kesemua 86 kes telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain iaitu sembilan kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), 12 di hospital, 62 di PPS kuarantin, dan tiga kes menjalani kuarantin di rumah.

Related posts

Leave a Comment