SINGAPURA 17 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 412 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 275,384 dan 809 kematian. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 371 adalah kes dalam masyarakat, enam kes di asrama pekerja asing dan 35 kes import. Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.63, naik sedikit berbanding 0.60 pada Khamis(16 Dis). Sementara itu seramai 481 pesakit masih dirawat di hospital di mana 60 masih memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, dua kes dipantau…
Read MoreDay: December 17, 2021
Thailand tambah 3,537 kes baharu
BANGKOK 17 Dis. – Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, turun sedikit berbanding 3,684 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,185,497. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 41 kematian direkodkan berbanding 26 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,327 orang meninggal dunia sejak pandemik dikesan. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 3,355 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 17 kes import dan 182 dalam kalangan banduan. Semalam, sebanyak 5,459 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan 2,120,691 pulih daripada Covid-19. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, (CCSA), sebanyak 41…
Read More582 kes baharu Filipina
MANILA 17 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 582 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,837,464 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 494 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 2,776,727 atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,570 orang apabila 74 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu kes aktif pula adalah 10,167, menunjukkan sedikit penurunan berbanding yang direkodkan semalam sebanyak 10,095 kes.
Read MoreMalaysia catat 4,362 kes baharu
PUTRAJAYA 17 Dis. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 4,362 kes baharu Covid-19, setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,711,764nkes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,262 semalam. Daripada jumlah yang dikesan hari ini, sejumlah 4,334 kes adalah penularan tempatan dengan 28 kes pula adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes yang dilaporkan ini membabitkan 98 peratus atau 4,273 pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan. Bakinya iaitu dua peratus bersamaan 89 kes dalam…
Read MoreCovid-19 tidak akan hilang
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran Covid-19 tidak akan hilang dan dunia tidak akan dapat mengalahkan pandemik itu dengan kaedah yang tidak diselaraskan. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, vaksin sahaja tidak akan menghapuskan wabak itu sebaliknya vaksin mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi majoriti yang mendapatnya dan memperlahankan penyebaran. “Tetapi penularan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Dan ini didorong oleh ketidaksamaan vaksin, keraguan dan rasa berpuas hati,” katanya. Guterres membuat kenyataan itu dalam perutusan akhir tahun pada Khamis. Diplomat PBB itu menambah “sudah menjadi jelas bahawa…
Read MoreOmicron merebak lebih pantas
WASHINGTON 17 Dis. – Presiden Joe Biden memberi amaran semalam bahawa varian Covid-19, Omicron, akan “mula merebak jauh lebih pantas” di Amerika Syarikat, sambil menggesa rakyatnya mendapatkan vaksin atau dos penggalak. “Satu-satunya perlindungan sebenar adalah dengan mendapatkan vaksinasi,” katanya, sambil meramalkan “musim sejuk penyakit yang teruk dan kematian” bagi mereka yang tidak divaksin. Biden turut menekankan betapa pentingnya penduduk Amerika yang sudah divaksin mendapatkan dos penggalak dan bagi mereka yang belum divaksin pula, seharusnya mendapatkan suntikan dos pertama. Sejurus sebelum itu, timbalan jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre membayangkan bahawa pentadbiran…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 0.90
PUTRAJAYA 17 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.90 berbanding 0.92 pada hari sebelumnya. Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Terengganu 0.99, Wilayah Persekutuan Labuan 0.98, Perak 0.98, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.97, Melaka 0.96, Johor 0.96, Selangor 0.95, Kedah 0.93 dan Perlis 0.93. Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.90 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86, Kelantan 0.86, Sabah 0.83 dan Sarawak 0.75.
Read MoreDiterima menghadap
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama sejam bermula pukul 8 pagi. Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Read MoreLonjakan kes beri tekanan perkhidmatan
LONDON 17 Dis. – Kes baharu Covid-19 di Britain mencecah rekod tertinggi untuk hari kedua berturut-turut semalam disebabkan varian Omicron yang merebak pantas. Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty, memberi amaran kemasukan ke hospital harian juga boleh mencecah kemuncak baharu. Britain melaporkan 88,376 jangkitan baharu, tertinggi sejak permulaan wabak itu dan meningkat sekitar 10,000 sejak rekod sebelumnya dicatatkan pada Rabu. Whitty berkata, lonjakan kes memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan yang bergelut dengan kekurangan kakitangan. Omicron sangat mudah menular sehinggakan walaupun ia terbukti lebih ringan daripada varian lain, ia masih boleh…
Read More22,805,239 dewasa lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 97.4 peratus atau 22,805,239 individu daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.7 peratus atau 23,114,489 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 78.2 peratus atau 25,537,512 individu daripada keseluruhan populasi lengkap vaksinasi manakala 79.5 peratus atau 25,946,269 individu mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Pada masa sama, 86.8 peratus atau 2,732,273 individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 90 peratus…
Read More