Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 17 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.90 berbanding 0.92 pada hari sebelumnya.

Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 1.00.

Ini diikuti Terengganu 0.99, Wilayah Persekutuan Labuan 0.98, Perak 0.98, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.97, Melaka 0.96, Johor 0.96, Selangor 0.95, Kedah 0.93 dan Perlis 0.93.

Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.90 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86, Kelantan 0.86, Sabah 0.83 dan Sarawak 0.75.

Related posts

Leave a Comment