Malaysia catat 4,362 kes baharu

PUTRAJAYA 17 Dis. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 4,362 kes baharu Covid-19, setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,711,764nkes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,262 semalam.

Daripada jumlah yang dikesan hari ini, sejumlah 4,334 kes adalah penularan tempatan dengan 28 kes pula adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kes yang dilaporkan ini membabitkan 98 peratus atau 4,273 pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

Bakinya iaitu dua peratus bersamaan 89 kes dalam kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan serta kritikal.

Secara keseluruhannya, daripada kes aktif di negara ini terdapat 400 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 315 kes disahkan Covid-19 serta 85 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Bagi pesakit dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 198 kes iaitu 143 kes disahkan Covid-19 dengan 55 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Related posts

Leave a Comment