412 kes baharu Singapura

SINGAPURA 17 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 412 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 275,384 dan 809 kematian.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 371 adalah kes dalam masyarakat, enam kes di asrama pekerja asing dan 35 kes import.

Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.63, naik sedikit berbanding 0.60 pada Khamis(16 Dis).

Sementara itu seramai 481 pesakit masih dirawat di hospital di mana 60 masih memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, dua kes dipantau di ICU, 33 sakit tenat di ICU.

Kadar keseluruhan penggunaan ICU adalah 46.4 peratus peratus, naik daripada 45.7 peratus berbanding hari sebelumnya.

Mengenai vaksinasi, setakat Rabu, sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak – iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas – sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Sebanyak 32 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment