22,805,239 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 97.4 peratus atau 22,805,239 individu daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.7 peratus atau 23,114,489 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 78.2 peratus atau 25,537,512 individu daripada keseluruhan populasi lengkap vaksinasi manakala 79.5 peratus atau 25,946,269 individu mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama, 86.8 peratus atau 2,732,273 individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 90 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sementara itu, sebanyak 172,511 dos suntikan harian diberikan membabitkan 162,147 dos penggalak, 4,414 suntikan pertama dan 5,950 suntikan lengkap semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,563,359 dengan 4,274,115 daripadanya adalah dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment