Thailand tambah 3,537 kes baharu

BANGKOK 17 Dis. – Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, turun sedikit berbanding 3,684 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,185,497.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 41 kematian direkodkan berbanding 26 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,327 orang meninggal dunia sejak pandemik dikesan.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 3,355 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 17 kes import dan 182 dalam kalangan banduan.

Semalam, sebanyak 5,459 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan 2,120,691 pulih daripada Covid-19.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, (CCSA), sebanyak 41 kematian yang dilaporkan melibatkan individu berusia 24 hingga 93 tahun termasuk seorang dari Myanmar dan warganegara British.

Kematian turut dilaporkan di Bangkok melibatkan dua kematian, serta di Chachoengsao (2), Ayutthaya (2), Lop Buri (2), Chon Buri (1), Prachuap Khiri Khan (1), Ratchaburi (1), Saraburi (1) dan Suphan Buri (1).

Di timur laut pula terdapat tiga kematian, diikuti Selatan dengan 17 kematian, dan tujuh lagi di utara.

Bangkok mendahului dengan 578 kes diikuti Nakhon Si Thammarat 208, Chon Buri 166 dan Songhla 137.

Semalam, sebanyak 43,479 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 972 kes kritikal dan 254 bergantung kepada bantuan ventilator.

Related posts

Leave a Comment