582 kes baharu Filipina

MANILA 17 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 582 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,837,464 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 494 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 2,776,727 atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,570 orang apabila 74 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu kes aktif pula adalah 10,167, menunjukkan sedikit penurunan berbanding yang direkodkan semalam sebanyak 10,095 kes.

Related posts

Leave a Comment