Diterima menghadap

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama sejam bermula pukul 8 pagi.

Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Related posts

Leave a Comment