27 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 7 Dis. – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 15,229 orang dengan 197 kes aktif. Menteri Kesihatan,  Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat tambahan 18 kes baharu kepada tujuh kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Katanya, dua kluster baharu iaitu kluster kediaman dikenal pasti yang melibatkan enam kes. Katanya, salah satu kluster iaitu Kluster Massutera Engineering adalah kluster rumah yang menempatkan para pekerja syarikat berkenaan. Enam kluster ditutup setelah tidak…

Read More

Pertambahan kes harian Singapura

SINGAPURA 7 Dis. – Singapura melaporkan 715 kes baharu Covid-19 dan lapan lagi kematian akibat koronavirus itu setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 270,588 kes dengan 771 kematian. Kes harian itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 662 kes dan empat kematian yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes penularan tempatan terdiri daripada 700 jangkitan baharu dalam masyarakat dan lima kes di asrama pekerja asing serta 10 kes diimport. Sementara itu kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) adalah 53.3 peratus, meningkat daripada 48 peratus pada Isnin. Terdapat 827 pesakit di…

Read More

42 kes baharu, dua kematian

RIYADH 7 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah angka 50 apabila mencatatkan 42 kes berbanding 43 semalam dan 35 sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding satu kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 549,997 dan 8,847 kematian. Menurut kementerian itu, sebanyak 59 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 539,141.

Read More

261 kes baharu Indonesia

JAKARTA 7 Dis. – Kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 261, meningkat sedikit berbanding 130 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,258,076 orang. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 420 lagi pesakit pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,108,717 orang sementara kes aktif 5,466. Jumlah kematian pula meningkat kepada 143,893 termasuk 17 kes yang dilaporkan hari ini. Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat 102 orang dan kumulatifnya 692,569 diikuti Riau 65 (124,349), Yogyakarta 47 (151,149), Jawa Timur 41 (369,718) dan…

Read More

Kes meningkat di bawah angka 5,000

PUTRAJAYA 7 Dis. – Masih di bawah angka 5,000 apabila jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,965 berbanding 4,262 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan setakat kini sebanyak 2,667,999 individu dijangkiti virus berkenaan. Daripada jumlah kes dikesan hari ini, 4,936 kes adalah penularan tempatan dengan 29 kes adalah kes import jangkitan dari luar negara. Katanya, daripada jumlah kes aktif di negara ini, sebanyak 437 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 375 kes sah Covid-19 dan 62…

Read More

Kes jangkitan harian turun di Filipina

MANILA 7 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan penurunan apabila setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 356 kes baharu dilaporkan berbanding 543 kes semalam dan 603 pada 5 Disember lalu. Setakat pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina adalah sebanyak 2,835,345. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH),sebanyak 871 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,772,728 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, 92 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 49,591 orang. Bagaimanapun daripada…

Read More

Jokowi janji bantu mangsa Semeru

JAKARTA 7 Dis. – Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji untuk mempergiatkan usaha pemindahan dan membaiki rumah-rumah yang rosak selepas melawat zon bencana Gunung Semeru di Jawa Timur hari ini. “Saya datang ke lapangan untuk memastikan kita mempunyai pasukan secukupnya untuk mencari mangsa,” kata Presiden Jokowi, bercakap di Sumberwuluh, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas. “Kami berharap selepas semua sudah reda, segala-galanya boleh bermula: Memperbaiki prasarana atau malah memindahkan mereka dari tempat yang kami ramalkan terlalu berbahaya untuk pulang kembali.” Katanya, sekurang-kurangnya 2,000 rumah perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih…

Read More

336 kes Omicron di UK

LONDON: Sebanyak 336 kes Covid-19 varian Omicron dilaporkan di United Kingdom yang meliputi  261 kes di England, 71 di Scotland dan empat di Wales Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid memberitahu Parlimen pada Isnin, varian Omicron merebak menerusi jangkitan dalam masyarakat berbanding menerusi individu yang tiba di Britain dari luar negara. “Ini termasuk kes-kes tanpa hubung kait dengan perjalanan ke luar negara, jadi kami boleh menyimpulkan bahawa kini terdapat jangkitan dalam masyarakat di beberapa wilayah di England,” kata Javid. Javid memberi amaran bahawa beliau tidak boleh memberi jaminan varian Omicron ‘tidak akan…

Read More

Kes harian Thailand turun

BANGKOK 7 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 3,525 kes berbanding 4,000 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,148,766. Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan peningkatan sedikit iaitu 31 kes berbanding 22 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 20,997 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 3,513 kes dalam kalangan orang awam termasuk 10 kes import dan 12 lagi kes banduan . Semalam, 6,109 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,061,374 orang  pulih daripada koronavirus. Mengenai kematian pula, umur individu…

Read More

Pemimpin utama GPS dicabar

KUCHING 7 Dis. – Semua pemimpin politik utama negeri berdepan persaingan pelbagai penjuru, di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 pada 18 Disember ini. Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), berdepan cabaran tiga penjuru di DUN Gedong selepas meninggalkan DUN Satok yang diwakili selama sembilan penggal. Abang Johari akan dicabar calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Kamal Bujang (Amanah) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango. GPS adalah gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu…

Read More