42 kes baharu, dua kematian

RIYADH 7 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah angka 50 apabila mencatatkan 42 kes berbanding 43 semalam dan 35 sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding satu kes semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 549,997 dan 8,847 kematian.

Menurut kementerian itu, sebanyak 59 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 539,141.

Related posts

Leave a Comment