Kes jangkitan harian turun di Filipina

MANILA 7 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan penurunan apabila setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 356 kes baharu dilaporkan berbanding 543 kes semalam dan 603 pada 5 Disember lalu.

Setakat pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina adalah sebanyak 2,835,345.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH),sebanyak 871 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,772,728 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam tempoh yang sama, 92 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 49,591 orang.

Bagaimanapun daripada 92 kematian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 18 peratus berlaku pada November 2021 kerana lewat pengekodan maklumat kematian.

Sementara itu sebanyak 13,026 kes aktif direkodkan, sedikit peningkatan berbanding 13,548 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment