Pertambahan kes harian Singapura

SINGAPURA 7 Dis. – Singapura melaporkan 715 kes baharu Covid-19 dan lapan lagi kematian akibat koronavirus itu setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 270,588 kes dengan 771 kematian.

Kes harian itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 662 kes dan empat kematian yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes penularan tempatan terdiri daripada 700 jangkitan baharu dalam masyarakat dan lima kes di asrama pekerja asing serta 10 kes diimport.

Sementara itu kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) adalah 53.3 peratus, meningkat daripada 48 peratus pada Isnin.

Terdapat 827 pesakit di hospital, dengan 146 memerlukan bantuan oksigen manakala di ICU, 12 kes memerlukan pemantauan rapi dan 43 kes adalah kritikal.

Sehingga semalam, 96 peratus penduduk Singapura yang layak – mereka yang berumur 12 tahun ke atas – telah melengkapkan vaksinasi manakala kira-kira

28 peratus sudah menerima suntikan penggalak. 

Related posts

Leave a Comment