261 kes baharu Indonesia

JAKARTA 7 Dis. – Kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 261, meningkat sedikit berbanding 130 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,258,076 orang.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 420 lagi pesakit pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,108,717 orang sementara kes aktif 5,466.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 143,893 termasuk 17 kes yang dilaporkan hari ini.

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat 102 orang dan kumulatifnya 692,569 diikuti Riau 65 (124,349), Yogyakarta 47 (151,149), Jawa Timur 41 (369,718) dan Jakarta 38 (850,289).

Bagi kes positif pula, Jawa Barat menambah 59 kes dan kumulatifnya 708,127 diikuti Jawa Timur 36 (399,609), Jakarta 31 (864,223), Jawa Tengah 17 (486,531) dan Nusa Tenggara Timur 17 (64,099).

Sembilan provinsi yang menambah kes kematian adalah Jawa Barat empat kes dan  kumulatifnya 14,742, Jawa Tengah tiga (30,237), Lampung dua (3,854) dan  Sulawesi Utara dua (1,060).

Lima provinsi lain masing-masing menambah satu kes iaitu Jakarta, Bali, Nusa Tenggara Timur, Jambi serta Maluku.

Bagi program vaksinasi, penerima dos pertama bertambah 590,412 menjadikan jumlah keseluruhan 143,291,352 orang manakala 599,872 menerima dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 99,825,444 orang.

Penerima dos ketiga pula bertambah 1,463 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,248,870.

Related posts

Leave a Comment