14 kes baharu Covid-19 di Saudi

RIYADH 28 Nov. – Arab Saudi merekodkan 14 kes baharu Covid-19 yang menyaksikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,695. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 8,833 kematian. Sebanyak 48 lagi pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 538,856 orang. Dalam kalangan kes aktif itu,, sebanyak 44 dalam keadaan kritikal. Sementara Itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan penerbangan keluar masuk melibatkan Malawi, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Mauritius, dan Comoros.

Read More

Singapura pantau varian Omicron

SINGAPURA 28 Nov. – Singapura sedang memantau ‘dengan sangat teliti’ varian baharu Covid-19 dikenali Omicron dan mungkin terpaksa menilai semula beberapa langkah sebelum mengatur langkah seterusnya,. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, Singapura sudah menunjukkan banyak kemajuan dalam usaha melawan Covid-29 tetapi mesti bersedia bagi menghadapi lebih banyak cabaran. “Saya yakin kita akan mencari jalan untuk hidup bersama virus itu dan menyambung semula dengan selamat semua perkara yang kita gemar lakukan. “Kita berusaha kerana kita mahu melaksanakan semua itu dengan selamat, mencatat jumlah kecil kematian seberapa boleh.” katanya ketika berucap…

Read More

Masuk Singapura wajib jalani ART

SINGAPURA 28 Nov. – Semua pelawat yang memasuki Singapura dari Malaysia melalui laluan darat Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL)  diwajibkan menjalani ujian pantas antigen (ART) sewaktu ketibaan. Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini, syarat baharu itu akan berkuat kuasa mulai pukul 8 pagi esok (29 Nov), bermula dengan penumpang VTL darat pertama yang akan tiba di Singapura. Ujian ART sewaktu ketibaan akan dilakukan di Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands serta Terminal Queen Street dan pelawat dikehendaki membuat satu e-bayaran bagi ART di pusat ujian secara langsung. MTI menyatakan Singapura…

Read More

44 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 28 Nov. – Brunei Darussalam merekodkan 44 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,036. Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata terdapat tambahan 10 kes baharu kepada lima kluster aktif yang sedia ada pada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Tiga kluster baharu termasuk dua kluster asrama pekerja dengan 27 kes direkodkan. Sementara itu tiga kluster iaitu Kluster 9883 , Kluster 10113 dan Kluster ISS Facility Services Sdn Bhd ditutup selepas tiada kes baharu…

Read More

Penurunan kes harian Thailand

BANGKOK 28 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan sedikit penurunan iaitu kepada 5,854 kes berbanding 6,073 yang dilaporkan semalam. Sebanyak 30 kematian juga dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 20,707 orang telah meninggal dunia. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,854 adalah kes dalam masyarakat tempatan termasuk 457 kes dari penjara dan tujuh kes import termasuk dua dari Amerika Syarikat. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebahagian daripada kes kematian melibatkan wilayah selatan negara ini termasuk tiga kematian masing-masing di Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Yala. Bangkok masih mendahului kes…

Read More

4,239 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 28 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini turun kepada angka 4,000 dengan merekodkan 4,239 kes setakat pukul 12 tengah hari. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah pesakit baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,623,816 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Semalam Kementerian Kesihatan mengumumkan 5,097 pesakit baharu dan sebelum itu 5,501 dan 6,144 pada 25 November. Daripada jumlah kes baharu hari ini, 73 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala baki 98.3 peratus (4,166 kes) lagi terdiri daripada…

Read More

Filipina catat 838 kes baharu

MANILA 28 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 838 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,831,807. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 1,217 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,766,816 orang pulih. Di samping itu, jumlah kematian meningkat kepada 48,361 orang selepas 156 lagi dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula berkurangan kepada 16,630 berbanding 17,052 yang dilaporkan semalam.

Read More

Gardenia dijangka umum kedudukan harga

KUALA BERANG 28 Nov. – Gardenia Bakeries dijangka memberi jawapan selewat-lewatnya esok sama ada syarikat itu bersetuju menangguhkan kenaikan harga roti atau sebaliknya. Pengumuman itu susulan perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyarankan pengeluar produk, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. menangguhkan kenaikan harga tersebut. Timbalan Menteri berkenaan, Rosol Wahid, berkata pihaknya berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang. “Kami akan cari satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah itu untuk kebaikan Gardenia Bakeries dan pengguna,” katanya ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Pengguna Kerjasama…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 0.96

PUTRAJAYA 28 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught turun lagi kepada 0.96 semalam berbanding 0.97 pada hari sebelumnya. Sebanyak 13 negeri mengatasi kadar purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.19. Ini diikuti Kedah 1.05, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.02, Perak 1.01, Selangor 1.01, Pulau Pinang 1.00, Melaka 1.00, Pahang 1.00, Kelantan 0.99, Sabah 0.98, Johor 0.98 dan Terengganu 0.96. Tiga negeri yang merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Negeri Sembilan 0.95, Perlis 0.93 dan Sarawak 0.77. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun…

Read More

Omicron: Dua kes UK jalani kuarantin

DUA kes varian Omicron yang dikesan di United Kingdom (UK) dikaitkan dan terdapat kaitan dengan perjalanan ke negara di selatan Afrika, kata Setiausaha Negara untuk kesihatan dan penjagaan sosial, Sajid Javid.. Kedua-dua individu itu kini menjalani kuarantin kendiri. “Kami telah dimaklumkan oleh @UKHSA (Agensi Keselamatan Kesihatan UK) mengenai dua kes varian Omicron,” kata Sajid Javid, di Twitter. Kedua-dua individu itu kini menjalani kuarantin kendiri. Beliau juga memaklumkan negara yang turut dimasukkan dalam senarai merah perjalanan iaitu  Malawi, Mozambique, Zambia dan Angola berkuat kuasa 4 pagi Ahad. Katanya, mereka yang pulang…

Read More