44 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 28 Nov. – Brunei Darussalam merekodkan 44 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,036.

Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata terdapat tambahan 10 kes baharu kepada lima kluster aktif yang sedia ada pada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Tiga kluster baharu termasuk dua kluster asrama pekerja dengan 27 kes direkodkan.

Sementara itu tiga kluster iaitu Kluster 9883 , Kluster 10113 dan Kluster ISS Facility Services Sdn Bhd ditutup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari dan ini menjadikan jumlah kluster aktif adalah 135.

Menurut Dr. Md Isham, enam kes baharu yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Katanya, sebanyak 45 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 14,412 dengan kes aktif pula 525 kes.

Satu kes import pula melibatkan ketibaan dari Jakarta melalui Singapura pada 22 November lalu.

Related posts

Leave a Comment