Filipina catat 838 kes baharu

MANILA 28 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 838 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,831,807.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 1,217 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,766,816 orang pulih.

Di samping itu, jumlah kematian meningkat kepada 48,361 orang selepas 156 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula berkurangan kepada 16,630 berbanding 17,052 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment