4,239 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 28 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini turun kepada angka 4,000 dengan merekodkan 4,239 kes setakat pukul 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah pesakit baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,623,816 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Semalam Kementerian Kesihatan mengumumkan 5,097 pesakit baharu dan sebelum itu 5,501 dan 6,144 pada 25 November.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, 73 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala baki 98.3 peratus (4,166 kes) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 5,007 pesakit disahkan sembuh menjadikan mereka yang sembuh merekodkan 2,527,052 kes atau 96.3.

Menurutnya lagi, sebanyak tiga kluster baharu direkodkan dengan 228 kluster aktif dikesan setakat ini.

Mengikut laman sesawang COVIDNOW, setakat tengah malam Sabtu, sebanyak 40 lagi kematian baharu direkodkan dengan kes kumulatif kematian mencecah 30,280 kes.

Related posts

Leave a Comment