Kadar kebolehjangkitan turun 0.96

PUTRAJAYA 28 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught turun lagi kepada 0.96 semalam berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Sebanyak 13 negeri mengatasi kadar purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.19.

Ini diikuti Kedah 1.05, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.02, Perak 1.01, Selangor 1.01, Pulau Pinang 1.00, Melaka 1.00, Pahang 1.00, Kelantan 0.99, Sabah 0.98, Johor 0.98 dan Terengganu 0.96.

Tiga negeri yang merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Negeri Sembilan 0.95, Perlis 0.93 dan Sarawak 0.77.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment