Gardenia dijangka umum kedudukan harga

KUALA BERANG 28 Nov. – Gardenia Bakeries dijangka memberi jawapan selewat-lewatnya esok sama ada syarikat itu bersetuju menangguhkan kenaikan harga roti atau sebaliknya.

Pengumuman itu susulan perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyarankan pengeluar produk, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. menangguhkan kenaikan harga tersebut.

Timbalan Menteri berkenaan, Rosol Wahid, berkata pihaknya berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang.

“Kami akan cari satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah itu untuk kebaikan Gardenia Bakeries dan pengguna,” katanya ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Pengguna Kerjasama Petronas dan KPDNHEP di sini, hari ini.

Sebelum ini Gardenia Bakeries bercadang menaikkan harga produk roti pengeluaran syarikat itu berkuat kuasa 1 Disember ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang.

Katanya, walaupun menaikan 10 sen sahaja, ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40.

“Pelbagai alasan yang diberikan susulan cadangan kenaikan harga itu termasuk kenaikan harga tepung gandum di pasaran,” katanya

Related posts

Leave a Comment