Omicron: Dua kes UK jalani kuarantin

DUA kes varian Omicron yang dikesan di United Kingdom (UK) dikaitkan dan terdapat kaitan dengan perjalanan ke negara di selatan Afrika, kata Setiausaha Negara untuk kesihatan dan penjagaan sosial, Sajid Javid..

Kedua-dua individu itu kini menjalani kuarantin kendiri.

“Kami telah dimaklumkan oleh @UKHSA (Agensi Keselamatan Kesihatan UK) mengenai dua kes varian Omicron,” kata Sajid Javid, di Twitter.

Kedua-dua individu itu kini menjalani kuarantin kendiri.

Beliau juga memaklumkan negara yang turut dimasukkan dalam senarai merah perjalanan iaitu  Malawi, Mozambique, Zambia dan Angola berkuat kuasa 4 pagi Ahad.

Katanya, mereka yang pulang dari negara-negara terlibat dalam tempoh 10 hari lepas perlu menjalani kuarantin dan melakukan ujian PCR .

“Jika anda layak untuk suntikan penggalak, sekarang adalah masa untuk mendapatkannya,” katanya.

Minggu ini, saintis Afrika Selatan mengumumkan telah menemukan varian Omicron, yang mempunyai beberapa mutasi yang mungkin membawa risiko jangkitan semula. Varian yang sama turut dikesan di Botswana serta Hong Kong dan terkini turut dilaporkan dikesan di Jerman (dua kes) dan Itali (satu kes) pada Sabtu.

Related posts

Leave a Comment