7,982 kes, 68 kematian di Thailand

BANGKOK 4 Nov. – Thailand merekodkan 7,982 kes baharu Covid-19, dan 68 kematian hari ini, angka harian yang meningkat berbanding 7,679 kes dan 56 kematian yang direkodkan semalam.

Terdapat 7,838 kes melibatkan penduduk awam termasuk 10 kes import dan 144 melibatkan banduan.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia 32 hingga 93 tahun termasuk seorang warga Myanmar.

Bangkok merekodkan 10 kematian di samping enam di wilayah sekitarnya – Samut Prakan (2), Pathum Thani (2), Nakhon Pathom (1) dan Samut Sakhon (1).

Sebanyak 25 kematian lagi di Ratchaburi (8), Kanchanaburi (4), Sa Kaeo (3), Rayong (2), Lop Buri (2), Chon Buri (2), Saraburi (2), Prachuap Khiri Khan (1) dan Ayutthaya (1), lapan kematian di wilayah timur laut, 15 di selatan dan di empat di utara.

Bangkok merekodkan 827 kes, Songkhla 497, Chiang Mai 492, Nakhon Si Thammarat 455, Pattani 451, Yala 336, Chon Buri 280, Khon Kaen 248, Rayong 248 dan  215 di Samut Prakan.

Sepuluh kes import pula adalah ketibaan dari Rusia  (3) dan Kemboja (7).

Pada Rabu, sebanyak 97,470 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 2,181 pesakit kritikal dan 466 bergantung kepada ventilator.

Sementara pada hari sama 8,029 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,826,492 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment