Penurunan kes harian Thailand

BANGKOK 28 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan sedikit penurunan iaitu kepada 5,854 kes berbanding 6,073 yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 30 kematian juga dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 20,707 orang telah meninggal dunia.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,854 adalah kes dalam masyarakat tempatan termasuk 457 kes dari penjara dan tujuh kes import termasuk dua dari Amerika Syarikat.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebahagian daripada kes kematian melibatkan wilayah selatan negara ini termasuk tiga kematian masing-masing di Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Yala.

Bangkok masih mendahului kes harian dengan 664 kes manakala lima wilayah di selatan Thailand menjadi antara 10 wilayah utama merekodkan kes harian tertinggi.

Songkhla merekodkan 337 kes diikuti Nakhon Sri Thammarat 355, Surat Thani  277, Chiang Mai 226, dan Chonburi 205.

Sejak gelombang ketiga bermula pada 1 April, Thailand merekodkan 2,077,950 kes,  1,979,430 sembuh dan 20,613 kematian manakala sejak pandemik bermula awal tahun lalu, sebanyak 2,106,813 kes dilaporkan, 2,006,856 sembuh dan 20,707 kematian.

Sementara itu semalam, sebanyak 6,354 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,006,856 kes pulih.

Pada masa yang sama, 79,250 orang pesakit menerima rawatan di hospital termasuk 1,395 yang dalam keadaan kritikal dan 330 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Sebanyak 92 juta dos vaksin telah diberikan dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 100 juta menjelang 5 Disember ini.

Related posts

Leave a Comment