Filipina catat 1,474 kes baharu

MANILA 20 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,474 pertambahan kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,824,499. Setakat pukul 4 petang, sebanyak 2,565 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,755,526 orang. Jumlah kematian pula bertambah apabila 205 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 46,903. Kes aktif pula sebanyak 22,070 berbanding 23,200 yang direkodkan semalam.

Read More

BN menang majoriti dua pertiga

AYER KEROH 21 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi lima kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang dua. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan calon Bebas pula tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. BN…

Read More

70 kes jangkitan Brunei Darussalam

  BERAKAS 20 Nov. –  Brunei Darussalam merekodkan 70 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini termasuk dua kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 14,514. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, dua lagi kluster baharu dikesan dengan 32 kes, kedua-duanya kluster kediaman termasuk asrama pekerja serta tambahan 15 kes baharu bagi empat kluster aktif yang sedia ada. Beliau juga memberitahu, enam kluster – 4323, 6685, 8105 dan 11235, 11301  dan 11588 – ditutup berikutan tiada jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari manakala jumlah kluster aktif adalah 153…

Read More

Kes baharu Malaysia 5,859

PUTRAJAYA 20 Nov. – Kes harian Covid-19 di negara ini kembali ke angka di bawah 6,000 apabila sejumlah 5,859 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,581,747 kes. Sebelum ini Malaysia mencatatkan pertambahan kes harian melebihi 6,000 tiga hari berturut turut iaitu sebanyak 6,366 kes dilaporkan semalam, 6,380 kes pada Khamis dan 6,288 kes dicatatkan Rabu lalu. Wabak Covid-19 juga, kata Dr Noor Hisham , menyebabkan 45 lagi kematian menjadikan…

Read More

Wakaf ASNB pelaburan dunia akhirat

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Permodalan Nasional Bhd (PNB), menerusi Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), melancarkan Wakaf ASNB yang membolehkan pelabur mewakafkan unit amanah mereka untuk manfaat komuniti secara berterusan. Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata perkhidmatan itu yang diperkenalkan pada bulan lalu bertujuan memudahkan pelabur bersedekah dengan unit amanah di ASNB secara berterusan setiap tahun, walaupun setelah meninggal dunia nanti. Perkhidmatan Wakaf ASNB menyatukan konsep pelaburan dunia dan akhirat yang mana pelabur boleh mewakafkan unit amanah mereka untuk manfaat berterusan kepada komuniti. Wakaf ASNB yang dilancarkan malam tadi berkonsepkan…

Read More

Melaka pilih kerajaan baharu

MELAKA 20 Nov – Gabungan parti politik mana pilihan rakyat Melaka? Keputusannya dijangka diketahui malam ini atau tidak rasmi lewat petang ini. Sebanyak 495,195 orang pengundi berdaftar berak memilih parti politik mana yang layak menerajui pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebanyak 217 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibuka di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada jumlah pengundi berdaftar pada PRN Melaka ke-15, seramai 476,037 orang pengundi biasa yang akan mengundi hari ini, seramai 11,557 orang pengundi awal yang mengundi pada 16 November…

Read More

Kanada lulus Pfizer untuk kanak-kanak

OTTAWA: Kanada meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, yang membuka laluan kepada vaksinasi kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara. “Selepas kajian saintifik yang menyeluruh dan bebas ke atas bukti, jabatan itu mengesahkan bahawa manfaat vaksin ini untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun melebihi risikonya,” menurut Health Canada dalam satu kenyataan. Perdana Menteri Justin Trudeau berkata bulan lalu bahawa Ottawa sudah menandatangani perjanjian dengan Pfizer untuk menerima 2.9 juta dos vaksin sebaik sahaja ia diluluskan. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 20 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught terus menunjukkan trend penurunan apabila kadar yang direkodkan semalam adalah 1.01 berbanding 1.02 pada hari sebelumnya. Pada  13 hingga 15 November, kadar itu turun kepada 1.05 dan pada 16 November 1.04 dan disusuli 1.03 pada hari berikutnya dan 1.02 pada 18 November. Sembilan negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan dengan didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan kadar 1.13. Ini diikuti Putrajaya 1.12,  Kuala Lumpur 1.09, Kelantan 1.08, Selangor 1.07, Pahang 1.05, Negeri Sembilan 1.04, Kedah 1.03, Johor 1.03, dan Perak 1.01.…

Read More

24.96 juta lengkap suntikan vaksin

PUTRAJAYA 20 Nov. – Sebanyak 76.4 peratus atau 24.96 juta individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam dan 78.5 peratus atau 25.65 juta individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Manakala seramai 22.37 juta individu atau 95.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.8 peratus atau 22.9 juta lagi telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2.58 juta individu atau 82.1 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2.75 juta individu atau 87.4 peratus mendapat satu dos. Sementara itu, data…

Read More