Kes baharu Malaysia 5,859

PUTRAJAYA 20 Nov. – Kes harian Covid-19 di negara ini kembali ke angka di bawah 6,000 apabila sejumlah 5,859 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,581,747 kes.

Sebelum ini Malaysia mencatatkan pertambahan kes harian melebihi 6,000 tiga hari berturut turut iaitu sebanyak 6,366 kes dilaporkan semalam, 6,380 kes pada Khamis dan 6,288 kes dicatatkan Rabu lalu.

Wabak Covid-19 juga, kata Dr Noor Hisham , menyebabkan 45 lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,937.

Katanya, sebahagian besar kes Covid-19 yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.3 peratus atau bersamaan 5,757 kes, manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus iaitu sebanyak 102 kes.

Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 529 kes dan daripada jumlah itu juga, 261 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,970 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,482,284.

Satu lagi kluster baharu dikesan menjadikan 240 kluster aktif manakala jumlah kluster yang ditamatkan adalah 5,638.

Related posts

Leave a Comment