24.96 juta lengkap suntikan vaksin

PUTRAJAYA 20 Nov. – Sebanyak 76.4 peratus atau 24.96 juta individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam dan

78.5 peratus atau 25.65 juta individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22.37 juta individu atau 95.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.8 peratus atau 22.9 juta lagi telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.58 juta individu atau 82.1 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2.75 juta individu atau 87.4 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 105,103 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51.84 juta dos.

 

Related posts

Leave a Comment