Martabatkan bahasa Melayu, agama Islam

KAJANG 24 Nov. – Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan perpaduan pimpinannya akan meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan mengangkat hak Bumiputera dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Saya masih tegas dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan saya tetap faham keperluan untuk mengangkat kedudukan penghayatan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Termaktub dalam Perlembagaan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Ada keperluan kita menjelaskan kerana dalam sistem pemerintahan kita juga menetapkan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Saya tidak mahu ia hanya dijadikan sebagai slogan enteng, tetapi ia haruslah ada usaha yang lebih berkesan untuk menjamin.

“Tidak dinafikan ada suara keresahan sebagainya dipermainkan oleh golongan politik tertentu,” katanya pada sidang media malam ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, perkara itu perlu dijelaskan, terutama apabila terdapat keresahan daripada masyarakat kerana isu berkenaan dimainkan oleh golongan politik tertentu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tidak dinafikan ada suara keresahan sebagainya dipermainkan oleh golongan politik tertentu tanpa mengira wacana, perbahasan serta serangan semasa kempen dalam pilihan raya.

“Jadi, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sekarang adalah kerajaan perpaduan akan tetap menjunjung semangat perlembagaan serta melaksanakannya,” katanya.

Related posts

Leave a Comment