Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 20 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught terus menunjukkan trend penurunan apabila kadar yang direkodkan semalam adalah 1.01 berbanding 1.02 pada hari sebelumnya.

Pada  13 hingga 15 November, kadar itu turun kepada 1.05 dan pada 16 November 1.04 dan disusuli 1.03 pada hari berikutnya dan 1.02 pada 18 November.

Sembilan negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan dengan didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan kadar 1.13.

Ini diikuti Putrajaya 1.12,  Kuala Lumpur 1.09, Kelantan 1.08, Selangor 1.07, Pahang 1.05, Negeri Sembilan 1.04, Kedah 1.03, Johor 1.03, dan Perak 1.01.

Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu masing-masing merekodkan 1.00, Sabah 0.98, Perlis 0.90 dan Sarawak 0.85.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment