MANILA 20 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,474 pertambahan kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,824,499.
Setakat pukul 4 petang, sebanyak 2,565 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,755,526 orang.
Jumlah kematian pula bertambah apabila 205 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 46,903.
Kes aktif pula sebanyak 22,070 berbanding 23,200 yang direkodkan semalam.
