Kanada lulus Pfizer untuk kanak-kanak

OTTAWA: Kanada meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, yang membuka laluan kepada vaksinasi kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara.

“Selepas kajian saintifik yang menyeluruh dan bebas ke atas bukti, jabatan itu mengesahkan bahawa manfaat vaksin ini untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun melebihi risikonya,” menurut Health Canada dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Justin Trudeau berkata bulan lalu bahawa Ottawa sudah menandatangani perjanjian dengan Pfizer untuk menerima 2.9 juta dos vaksin sebaik sahaja ia diluluskan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan vaksin untuk mereka yang berusia antara lima hingga 11 tahun pada 29 Oktober.

Para pegawai menjelaskan selama bahawa insiden Covid-19 adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 12 tahun.

Related posts

Leave a Comment