MoU pembantu rumah dijangka selesai

PUTRAJAYA 11 Nov. – Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan pengambilan dan perlindungan pembantu rumah dari Indonesia (PDI) di Malaysia, dijangka diselesaikan dalam masa terdekat. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini proses memuktamadkan MoU itu sedang berjalan di antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia. “Saya dan Bapak Presiden mengambil maklum mengenai kemajuan proses bagi memuktamadkan MoU Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia. “Kami percaya isu-isu yang tertunggak akan dapat diselesaikan dalam masa yang…

Read More

Koridor perjalanan Malaysia Indonesia

PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan di antara kedua-dua negara, pasca Covid-19, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Persetujuan  itu dicapai dalam perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada lawatan sulungnya ke negara itu hari ini. Beliau berkata Malaysia dan Indonesia juga setuju untuk terus bekerjasama rapat dalam menangani cabaran-cabaran yang timbul akibat pandemik Covid-19, terutamanya dalam bidang kesihatan. “Alhamdulillah, sekarang ini situasi pandemik Covid-19 bertambah baik di kedua-dua negara. Hari ini, saya dan bapak Presiden mencapai persetujuan supaya Malaysia dan Indonesia dapat melaksanakan…

Read More

Thailand catat 6,978 kes baharu

BANGKOK 10 Nov. – Thailand merekodkan 6,978 kes baharu Covid-19 dan 62 kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,989,473 dan 19,826 kematian. Terdapat 6,632 kes melibatkan penduduk awam termasuk lapan kes import dan 346 dalam kalangan banduan. Kes kematian melibatkan individu berusia antara 9 dan 102 tahun termasuk empat warga Myanmar, dua kanak-kanak berusia 9 tahun di Songkla dan 13 tahun di Tak. Bangkok merekodkan lima kematian dan 864 kes manakala di wilayah lain seperti SongKhla 479, Chiang Mai 380, Pattani 356, Samut Prakan 233, Nakhon Si Thammarat 224,…

Read More

PH lancar pelan tindakan

MELAKA 11 Nov. – Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan, khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Calon Ketua Menteri PH, Adly Zahari berkata, pelan tindakan itu mempunyai tiga teras utama iaitu Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil. Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, di bawah teras tersebut, terdapat enam strategi dan 32 inisiatif yang merangkumi pengurusan Covid-19, kesejahteraan dan kehidupan rakyat, peluang pekerjaan, pelaburan ekonomi dan pentadbiran yang telus. “Antara persoalan paling penting dalam kita mendepani isu-isu kesihatan, ekonomi dan…

Read More

Filipina lapor 2,646 kes baharu

MANILA 10 Nov. – Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,646 kes baharu Covid-19. menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,809,311 kes. Dalam tempoh yang sama, DoH juga melaporkan 99 orang lagi meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Kes sembuh pula meningkat kepada 2,735,508 orang apabila 4,209 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada Covid-19. Sebanyak 29,138 kes aktif dilaporkan hari ini berkurangan berbanding 30,544 yang dilaporkan semalam.

Read More

5 teras utama manifesto BN

AYER KEROH 10 Nov. – Barisan Nasional (BN) menampilkan lima teras utama dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan. Beliau berkata, manifesto dan aku janji BN itu perlu dicapai dalam tempoh 100 hari, jangka sederhana dan jangka panjang untuk memastikan kemakmuran dan kestabilan rakyat khususnya di Melaka. Lima teras manifesto itu merangkumi 103 inisiatif yang melibatkan pembangunan sektor pertanian, industri pelancongan, sokongan sosial komuniti, tadbir urus kerajaan dan pembangunan masyarakat Orang Asli. Ini merupakan manifesto dan aku…

Read More

Peruntukan ADUN kepada semua

MELAKA 10 Nov. – Barisan Nasional (BN) berjanji menyediakan peruntukan kepada kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri kelak. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, berkata ini termasuk ADUN bukan kerajaan sebagai langkah memastikan kemakmuran kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira latar belakang politik. Beliau berkata, kematangan politik ini turut dimanifestasikan menerusi cadangan meminda perlembagaan negeri bagi tujuan melantik lima orang ADUN tambahan. Lantikan itu katanya turut melibatkan dalam kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN…

Read More

7,601 kertas undi pos PRN Melaka

PUTRAJAYA 10 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 7,601 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pengeluaran kertas undi pos, hari ini dijalankan petugas pilihan raya di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan seperti diperuntukkan mengikut peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Katanya, semua kertas undi pos berkenaan merangkumi 6,871 kategori Borang 1A untuk diagihkan kepada petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas…

Read More

Kes positif naik semula

PUTRAJAYA 10 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 naik ke angka ‘6’ hari ini, iaitu 6,243 selepas semalam merekodkan 5,403 kes. Sebelum itu, selama empat hari kes yang direkodkan sekitar 4,000 iaitu 4,922 kes pada 5 November diikuti 4,701 (6 Nov.), 4,343 (7 Nov.) dan 4,543 kes (8 Nov.). Berikutan perkembangan ini, sejumlah 2,516,255 kes jangkitan direkodkan sejak pandemik bermula pada akhir Januari tahun lalu. Untuk rekod, sebanyak 5,071 kes direkodkan pada 2 November disusuli 5,291 kes dan 5,713 kes pada 4 November lalu. Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan…

Read More

Sekat aktiviti sosial jika kes naik

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Kerajaan tidak teragak-agak untuk menyekat kembali aktiviti sosial bukannya aktiviti ekonomi jika berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas negara beralih ke tahap endemik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mastura Yazid berkata, kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) apabila negara beralih ke tahap endemik iaitu protokol kesihatan umum. Beliau berkata, jika terdapat kes mendadak dan meningkat, kerajaan melaksanakan langkah pencegahan dan memantau dengan sistem ‘heightened alert’ yang mana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah. Beliau berkata…

Read More