Filipina lapor 2,646 kes baharu

MANILA 10 Nov. – Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,646 kes baharu Covid-19. menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,809,311 kes.

Dalam tempoh yang sama, DoH juga melaporkan 99 orang lagi meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Kes sembuh pula meningkat kepada 2,735,508 orang apabila 4,209 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada Covid-19.

Sebanyak 29,138 kes aktif dilaporkan hari ini berkurangan berbanding 30,544 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment