5 teras utama manifesto BN

AYER KEROH 10 Nov. – Barisan Nasional (BN) menampilkan lima teras utama dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan.

Beliau berkata, manifesto dan aku janji BN itu perlu dicapai dalam tempoh 100 hari, jangka sederhana dan jangka panjang untuk memastikan kemakmuran dan kestabilan rakyat khususnya di Melaka.

Lima teras manifesto itu merangkumi 103 inisiatif yang melibatkan pembangunan sektor pertanian, industri pelancongan, sokongan sosial komuniti, tadbir urus kerajaan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Ini merupakan manifesto dan aku janji untuk kita berikan suatu janji kita kepada rakyat Melaka bahawa tidak akan ada kemakmuran jika tiada kestabilan.

“Kestabilan kunci utama apa sahaja kita lakukan,, kestabilan menjadikan kerajaan memberikan fokus mensejahterakan dan makmurkan rakyat dengan cara membangunkan negeri tersusun dan teratur,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan manifesto BN PRN Melaka 2021 di sini.

Related posts

Leave a Comment