Kematian di Filipina kini 20,019

MANILA 25 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,972 kes baharu Covid-19 dengan jumlah pesakit yang meninggal dunia 36 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat pukul 4 petang ini adalah 1,188,672 manakala kematian pula meningkat kepada 20,019 orang.

DoH juga merekodkan 4,659 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,120,452 atau 94.3 peratus.

Kes aktif pula sebanyak 48,201 atau 4.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment