7,601 kertas undi pos PRN Melaka

PUTRAJAYA 10 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 7,601 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pengeluaran kertas undi pos, hari ini dijalankan petugas pilihan raya di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan seperti diperuntukkan mengikut peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Katanya, semua kertas undi pos berkenaan merangkumi 6,871 kategori Borang 1A untuk diagihkan kepada petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media.

Sebanyak 511 undi pos lagi untuk kategori Borang 1B yang terdiri daripada warganegara Malaysia di luar negara, 113 kategori Borang 1C bagi sembilan Agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan serta 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, sebanyak 511 undi pos lagi untuk kategori Borang 1B yang terdiri daripada warganegara Malaysia di luar negara, 113 kategori Borang 1C bagi sembilan Agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan serta 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.

Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2).

Borang itu kemudian perlu segera dikembalikan kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari mengundi iaitu 20 November depan.

Pengundi juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menyebarkannya di laman media sosial.

Related posts

Leave a Comment