Peruntukan ADUN kepada semua

MELAKA 10 Nov. – Barisan Nasional (BN) berjanji menyediakan peruntukan kepada kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri kelak.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, berkata ini termasuk ADUN bukan kerajaan sebagai langkah memastikan kemakmuran kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira latar belakang politik.

Beliau berkata, kematangan politik ini turut dimanifestasikan menerusi cadangan meminda perlembagaan negeri bagi tujuan melantik lima orang ADUN tambahan.

Lantikan itu katanya turut melibatkan dalam kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN di luar ruang lingkup politik semata-mata.

Ini menunjukkan ketersediaan dan keberanian pentadbiran kerajaan negeri yang bakal diwujudkan kelak untuk mendengar suara semua pihak.

Sehubungan itu Mohamad berkata, BN mesti menang dua pertiga daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam PRN ini.

Beliau sebelum itu membentangkan manifesto BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sini hari ini.

Related posts

Leave a Comment