Arab Saudi catat 42 kes, 1 kematian

RIYADH 6 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kekal di bawah 50 selama lapan hari berturut-turut apabila merekodkan 42 kes baharu dalam tempoh 24 jam dengan satu kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 548,890 dan  8,803 kematian. Sebanyak 33 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 537,794 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, 52 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

Brunei catat 69 kes, lima kluster

BERAKAS 6 Nov. – Sebanyak 69 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan yang membawa jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 13,742 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar. Beliau memberitahu,, terdapat 35 tambahan kes baharu kepada 12 kluster aktif  sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya sementara 15 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan. Katanya, terdapat lima kluster baharu dikesan yang melibatkan 18 kes di mana kesemua kluster baharu ini adalah kluster kediaman. Tiga daripadanya iaitu Kluster Al-Malabar Restaurant Sdn.…

Read More

Penampilan sulung Putra

MELAKA 6 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat penampilan pertama dalam pilihan raya dengan menurunkan lima calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Presiden Putra Ibrahim Ali mengumumkan calon parti itu pada sidang media secara maya hari ini dengan menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Putra Melaka Dr Mohd Aluwi Sari, 55, ahli akademik yang akan bertanding di DUN Pengkalan Batu. Turut sama Ketua Biro Wanita Putra Melaka Laila Norinda Maon,44, seorang usahawan untuk kerusi DUN Gadek dan Ketua Wira Putra Melaka Mohamad…

Read More

Kes di Filipina catat 2.8 juta

MANILA 6 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,800,621 selepas 2,656 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, setakat pukul 4 petang, sebanyak 154 orang lagi meninggal dunia yang membawa kepada 44,239 orang berbanding Sebanyak 5,130 pesakit sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,721,516 orang pulih. Sementara itu kes aktif pula sebanyak 34,866 orang, kurang daripada 37,377 yang direkodkan semalam.

Read More

4,701 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kes harian Covid-19 kekal di bawah 5,000 apabila 4,701 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,501,966 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah kes dikesan hari ini, sebanyak 4,613 kes atau 98.1 peratus adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Katanya, sebanyak 88 kes bersamaan 1.9 peratus lagi adalah pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Secara keseluruhannya, sehingga kini…

Read More

PN lengkapkan pertarungan 3 penjuru

SHAH ALAM 6 Nov. –  Perikatan Nasional (PN) melengkapkan pertarungan tiga penjuru apabila  mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di 15 kerusi sementara Pas meletakkan calon di lapan kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pula mempertaruhkan calon di lima kerusi. Katanya, sebanyak 43 peratus wajah yang ditampilkan berusia 40 tahun ke bawah dengan sebahagian besarnya terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi serta komited demi kepentingan…

Read More

Dua kes pertama Delta AY.4.2

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kes pertama Covid-19 di negara ini yang dijangkiti subvarian Delta AY.4.2, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata subvarian itu ditemui dalam kalangan kes import iaitu pelajar Malaysia yang baru pulang dari United Kingdom (UK). Katanya, dua kes berkenaan tiba di pintu masuk antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Oktober lalu dan ujian calitan RT-PCR yang dijalani mereka adalah negatif bagi sampel pertama. Bagaimanapun, ujian bagi keputusan berkenaan positif apabila diuji pada sampel kedua…

Read More

Kes harian Covid-19 catat 4,701

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kes harian Covid-19 kekal di bawah 5,000 apabila 4,701 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,501,966 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah kes dikesan hari ini, sebanyak 4,613 kes atau 98.1 peratus adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Katanya, sebanyak 88 kes bersamaan 1.9 peratus lagi adalah pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Secara keseluruhannya, sehingga kini…

Read More

Dua bekas ADUN UMNO calon PH

AYER KEROH 6 Nov. – Akhirnya persoalan ke mana hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Idris Haron dan Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terjawab. Walaupun DAP, sekutu PH menolak keterlibatan empat bekas ADUN itu, dua daripada mereka disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon berkata, Idris bakal dipertaruhkan di kerusi DUN Asahan, kerusi tradisi PKR manakala Nor Azman kekal bertanding di  Pantai Kundor, kerusi tradisi Amanah. Katanya, seperti dimaklumkan sebelum ini,…

Read More

Pas undi PN jika bertembung BN

KUALA TERENGGANU 6 Nov. – Pas akan mengundi calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini sekiranya berlaku pertembungan kerusi, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. Katanya, sokongan terhadap PN tidak berubah sekiranya berlaku pertembungan antara calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Barisan Nasional (BN). Katanya, keputusan itu juga selaras dengan komitmen Pas untuk terus mendukung gabungan itu termasuk persetujuan menggunakan logo PN. “Kita pegang pada asas kita tiga parti… kalau ada parti tak mahu kerjasama terpulang pada dia la.. bila sebut kerjasama, maka…

Read More